Wednesday 5 October 2011

::Ikhtiar Penyembuhan Demam Campak::


Tanda-tanda Campak :
  • mata merah, bengkak
  • batuk (kerana bintik-bintik tumbuh di dalam)
  • peluh berbau hanyir..
  • bagi kanak-kanak (menangis lebih)

*jangan makan ubat untuk menurunkan panas badan, biarkan panas tersebut sekurang-kurangnya 3 hari, agar campak tersebut tidak terbantut.
*selepas 3 hari, campak akan keluar (bintik2 merah).
*Jika tidak dapat menahan kepanasan badan tadi, gunakan kain yang lembap, dan lap dibadan, di bawah ketiak atau letakkan di atas dahi.

Cara Merawat :
  • Selepas campak keluar, gunakan cara berubat ini.
  • Bagi pesakit minum air kelapa (bukan kelapa gading @ kuning), dengan makan sedikit isi kelapa untuk beberapa hari.
  • Bacakan doa pada bahan dan air kelapa.
  • Kerapkan mandi, mandi dengan perlahan, dari kaki dan naik ke atas badan dan akhir sekali barulah kepala.
Kelapa hijau (digunakn untuk berubat)

Kelapa gading. (tidak digunakan untuk berubat)

Tanda campak telah habis :
  • akan kelihatan bintik-bintik merah ditapak kaki
Jika tidak dapat menahan gatal :
  • jika tidak tahan akibat campak yang keluar dengan banyak.
  • gunakan daun mamu @ mambu.
  • letakkn dibawah bantal, tilam, katil.
  • masukkn daun mamu dan pecah-pecahkan daun tersebut ke dalam timba, isi kan air dan mandi dengan air tersebut.
Daun Mamu @ Mambu.

Pantang larang :
  • tidak boleh terkena air hujan. (akan meninggalkan parut hitam)
  • tidak boleh mandi laut (selama 6 bulan)
Bagi menghilangkan parut hitam :
  • daun asam jawa dan bedak sejuk asli.
  1. tumbuk hingga lumat daun asam jawa tadi dan campurkan dengan bedak sejuk.
  2. sapukan diseluruh badan pada waktu malam sebelum tidur.
  3. pada pagi nya, mandi dengan air yang telah didoakn.
  4. amalkan 3 kali sehari selama 3 hari berturut-turut.
Bedak sejuk asli (tidak semestinya keluaran HPA)

Daun Asam Jawa

InsyaAllah, campak akan sembuh dan parut akan hilang. Semoga Allah menyembuhkan kita semua.

Kombinasi ayat yang perlu dibaca:
  1. Al-Fatihah
  2. Selawat Syifa
  3. lau anzalna.... (surah Al-Hasyr 21~24)
Selawat Syifa'

Surah Al-Hasyr 21-24
 Rujukan/Sumber : Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (2011) Rawatan Penyakit Jasmani (I). Jilid 2. Bandar Baru Bangi. Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia & Koperasi Darussyifa' Berhad.

4 comments:

  1. anak saya sedang kena campak...dh jumpa daun mambu tu. Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  2. Mcm mana plak kalu cmpak songsang??dia naik kat kaki lu..byk...

    ReplyDelete
  3. Anak saya kena campak...tapi sehari je da baik...ok ke tu..ade yg ckap x ok sbb bintik tu masuk balik...dan boleh makan dalam..

    ReplyDelete